fbpx

Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet – Salah Satu Strategi Pemasaran?

Terkejut kami malam tadi apabila seorang peminat dunia hiburan kongsikan satu pautan yang menawarkan muat turun penuh filem terbaru arahan Syamsul Yusof, KL Gangster 2.

Awalnya kami sangka yang ini satu pautan (link) spam tetapi apabila kami muat turun sendiri, nyata fail yang di’tawarkan mengandungi filem penuh KL Gangster 2 yang memang di’tunggu ramai.

Syamsul Yusof cuba kami hubungi ketika berita ini sampai tetapi telefon bimbit beliau tidak berjawab — mungkin sudah tidur.

Kami paparkan beberapa screenshot dari fail yang di’dakwa sebagai filem penuh KL Gangster 2 ini untuk tatapan anda. Kalau minta pautan terus, memang tidak dapat kami berikan, maaf.

UPDATE-1: Syamsul Yusof menerusi akaun Facebook beliau meluahkan rasa kesal dengan penyebaran filem terbaru beliau ini dan akan mengambil tindakan sekeras kerasanya terhadap mereka yang bertanggungjawab.

KL Gangster 2 yang menampilkan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra & Rosyam Nor di’jadualkan bakal menemui penonton pada 3 Oktober ini.

#01 Filem KL Gangster 2 Bocor Ke Internet, Satu Strategi Pemasaran? - ROTIKAYA