fbpx

Filem Isyarat Cinta Angkat Tema Kesungguhan OKU

Jarang sekali filem-filem tempatan mengangkat subjek atau tema ‘Orang Kelainan Upaya’ (OKU) yang menjadi tunjang dalam sesuatu filem tersebut. Naskhah terbaru pengarah terbaik Bade Haji Azmi tidaklah mengecewakan apabila filem ini sedikit sebanyak memberikan kesedaran betapa pentingnya ‘harta’ yang dikurniakan oleh Allah Taala.

Filem Isyarat Cinta Angkat Tema Kesungguhan OKU - ROTIKAYA20150316_1377

Mengisahkan percintaan antara dua insan yang dikategorikan orang kurang upaya (OKU) dengan menggunakan insan normal sebagai perantara dalam meluahkan perasaan dan mesej masing-masing. Filem ini mudah untuk difahami dan dihayati kerana sebagai penonton anda akan dibawa menghayati setiap watak dan jalan cerita.

Filem Isyarat Cinta Angkat Tema Kesungguhan OKU - ROTIKAYA20150316_1376

Bercerita pada watak pula selaku teraju utama dalam filem ini, aktres Liyana Jasmay berjaya menimbulkan watak sebagai seorang perempuan yang cacat penglihatan menerusi watak Dhia dan bukan mudah baginya untuk melakonkan watak itu tetapi dia melakukannya dengan baik.

Filem Isyarat Cinta Angkat Tema Kesungguhan OKU - ROTIKAYA20150316_1375

Bagi Adiputra pula, wataknya sebagai Iskandar iaitu seorang lelaki kaya tetapi bisu dan pekak turut berjaya dilakukannya dengan sempurna kerana difahamkan selama setahun dia belajar bahasa isyarat di pusat OKU Brickfields. Fizo pula menjadi perantara mereka dan di situlah timbulnya konflik cinta 3 segi.

Filem Isyarat Cinta Angkat Tema Kesungguhan OKU - ROTIKAYA20150316_1378

Secara keseluruhan filem ini tidak mengecewakan dan berbaloi untuk ditonton bersama keluarga pada musim cuti sekolah ini.

Membariskan barisan pelakon yang mempunyai pengaruh tersendiri di persada filem tempatan seperti Adi Putra, Liyana Jasmay dan Fizo Omar, penerbitnya iaitu Rosyam sendiri bijak membuat percaturan agar filemnya itu mendapat sambutan hangat di kalangan peminat tempatan. Filem ini bakal ditayangkan pada 19 Mac ini di seluruh pawagam tanah air. Apa lagi, jom! (rtky/hfz)

Nota: Filem Isyarat Cinta tidak akan ditayangkan di Astro First