fbpx

Filem Crayon Layak Untuk Bertanding Dalam 83rd Academy Awards

Kita mulakan hari hiburan Rabu ini dengan satu berita baik untuk peminat filem Malaysia.

Walaupun ini bukan satu pencapaian besar, namun tersenarai sudah cukup baik untuk kami.

Pasti anda pernah dengar tentang filem Crayon yang mula di’tayangkan 17 November lalu arahan A. Burhanuddin.

Filem ini masuk dalam kategori gagal di pawagam tempatan setelah hanya berjaya mengutip RM53,000 sepanjang tempoh wajib tayang.

Namun filem ini pernah di’tayangkan di Laemmle Theatres, LA, California selama tujuh hari sebelum masuk ke pasaran Malaysia — dan, gagal.

Hari ini, satu berita baik untuk anda yang masih percaya dengan filem Malaysia, Crayon tersenarai antara salah satu filem yang layak bertanding untuk Academy Awards edisi ke 83 tahun ini.

Academy Awards yang lebih sinonim dengan gelaran Oscar ini bakal berlangsung pada 27 Februari 2011 di Kodak Theatre, Hollywood.

Anda boleh menyemak nama filem Crayon dalam senarai filem layak ke 83rd Academy Awards di laman rasmi mereka & tonton trailer filem Crayon selepas ini.