fbpx

Filem Belum Siap, Hairie Othman Sudah Mengamuk Dengan Produksi

Satu lagi kisah tragis filem Malaysia selepas Nabil sebagai watak utama sebuah filem tidak faham jalan cerita’nya sendiri.

Kali ini kisah datang dari sebuah filem yang di’ura-ura akan membuat kutipan lebih RM12 juta oleh penerbitnya — Dua Alam.

Hairie Othman dalam kenyataan kepada mStar Online hari ini mendakwa produksi filem Dua Alam masih belum membuat bayaran kepadanya.

“Saya telah siapkan filem tersebut lebih awal iaitu lapan hari daripada 10 hari yang ditetapkan,” kata Hairie Othman dalam nada marah.

Hairie Othman juga mendakwa pihak produksi tanpa sebab menggantikan tempat beliau dengan seorang pengarah lain & filem itu kini mempunyai dua pengarah.

Dua Alam yang mendapat dana penerbitan dari jutawan jus langsing, Datuk Dr Rozmey Che Din di’katakan kini hancur kerana Hairie Othman.

“Pada saya, saya telah melakukannya dengan sebaik mungkin, ini merupakan filem pertama tentulah saya nak buat yang terbaik,” kata Hairie Othman cuba untuk memberikan alasan.

Pada hemat kami yang tidak arif ini, jika Hairie Othman merasakan apa yang di’lakukan itu terbaik, tidak mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dengan hasil kerja beliau.

Nampak’nya sebuah lagi filem Melayu akan masuk dalam senarai ‘Jangan Tonton!’ kami. Jadi’lah Adnan Sempit, senyap tapi awesome!