fbpx

Filem 10 Cloverfield Lane Bakal Rungkai Misteri Peminat

Baru tengok trailer saja pun sudah tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah dilihat oleh pelakon wanita di sebalik pintu di dalam filem tersebut. Bagi pengikut tegar filem ini yang bertajuk Cloverfield pada tahun 2008, ini mungkin jawapan kepada persoalan yang bermain di dalam fikiran anda.

Apa yang lebih menarik lagi, ramai yang beranggapan bahawa filem yang bakal ditayangkan di pawagam pada 7 April ini sebenarnya mampu merungkai persoalan filem sebelum ini namun apa yang anda tonton nanti mungkin membuatkan nafas anda semakin sesak dengan persoalan terbaru.

Screen Shot 2016-03-25 at 3.29.44 AM

Dalam filem 10 Cloverfield Lane yang dibintangi oleh Mary Elizabeth Winstead, John Goodman, dan John Gallagher Jr, cerita bermula apabila Michelle terlibat dalam dalam kemalangan jalan raya dan diselamatkan oleh lelaki berbadan besar.

Namun Michelle dalam masa yang sama juga cuba melarikan diri daripada tempat persembunyian lelaki yang mahu menyelamatkannya itu tanpa menyedari apa sebenarnya yang berlaku di luar.

Screen Shot 2016-03-25 at 3.30.08 AM

Kami kongsikan bersama anda trailer filem ini yang kelihatan biasa-biasa saja pada awalnya, namun cukup kuat untuk menarik kami ke pawagam untuk sama-sama merungkai misteri serangan di Cloverfield sebelum ini. Apa yang pasti, kita semua ingin tahu apakah yang terjadi di sebalik pintu tersebut.

Filem 10 Cloverfield Lane Rungkai Misteri Peminat -ROTIKAYA

Diterbitkan oleh nama gah J.J Abrams, babak suspen dan kejutan di dalam 10 Cloverfield Lane ini turut sama membuatkan pengkritik filem kagum dengan jalan penceritaan.