fbpx

Sudah masuk hari ke-16 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun masih ada lagi rakyat yang masih berdegil untuk keluar sesuka hati.  Malah, perlu membawa dokumen menyatakan bahawa mereka dari kawasan tempat tinggal dan keluar bila perlu sahaja.

Namun sejak semalam hangat di media sosial apabila seorang pemandu yang didakwa artis popular ingkar arahan PKP. Malah, pemandu berkenaan memberi alasan tidak tahu arahan yang dikeluarkan berkenaan membawa dokumen bukti mendakwa duduk di tempat tersebut.

BACA: Fikry Ibrahim Hantar Rombongan Merisik Siti Nordiana?

https://twitter.com/IniAlannn/status/1245338559931793409

Menerusi perkongsian seorang pengguna di Twitter, dia mendakwa lelaki yang memandu kereta itu adalah Fikry Ibrahim.

Susulan gagal menunjukkan dokumen, pihak berkuasa meminta untuk membuat pusingan U dan tidak dibenarkan melalui jalan tersebut. Bagaimanapun, pemandu berkenaan tidak patuh dengan arahan, dilihat tetap jalan terus dan dijerit oleh pegawai polis yang bertugas.

Berdasarkan video tular itu, netizen membuat spekulasi pemandu berkenaan adalah Fikry berdasarkan percakapannya dalam loghat Utara. Malah, alamat kad pengenalan serta nombor plat kenderaan yang berasal dari Kedah juga sama dengan alamat asal pelakon tersebut.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang kenyataan lanjut daripada mana-mana pihak yang mengiyakan individu tersebut, mahupun dari pihak Fikry sendiri mengenai perkara itu.