Fify Azmi Sahkan Hubungan Cinta Dengan Niezam Zaidi Sudah Berakhir

Pelakon Fify Azmi mendedahkan hubungan cintanya dengan aktor Niezam Zaidi sudah pun berakhir namun dia enggan mendedahkan punca perpisahan mereka.

Memetik mStar Online, Fify beranggapan sudah tiada jodoh antara mereka dan dia yang memilih untuk berpisah.

BACA: “He’s Not A Bad Boy” – Fify Azmi, Niezam Zaidi Tengah Dilamun Cinta?

“Saya anggap mungkin tiada jodoh antara kami. Saya memilih untuk pergi dan berpisah. Tidak perlu saya nak kongsi sebab utama perpisahan ini. saya tak mahu panjangkan hal ini,” katanya.

Sementara itu, Fify berkata dia reda namun mengakui sedikit kecewa kerana di usianya kini dia mahukan hubungan yang serius.

“Saya pernah letakkan harapan sebab pada usia ini saya memang cari hubungan yang serius bukan untuk suka-suka. Tapi mungkin belum rezeki saya ke arah itu,” katanya.

Pada September tahun lalu, perkongsian Fify menjadi perhatian seolah memberi bayangan sedang menjalin hubungan cinta dengan Niezam.

SUMBER: mStar Online

×