Perkongsian pelakon Fify Azmi menjadi perhatian seolah memberi bayangan sedang menjalin hubungan cinta dengan aktor Niezam Zaidi.
Menerusi perkongsian di TikTok, Fify dilihat ada memuat naik video memaparkan momen bahagianya bersama aktor berkenaan dengan kapsyen ‘hanya kita berdua’.
BACA: Fify Azmi ‘Unfollow’ Syazwan Zulkifly Lepas ‘Kantoi’ Ada Kekasih
Meskipun tidak pernah berkongsikan mengenai kisah cinta mereka, namun perkongsian itu seolah mengesahkan mereka mempunyai hubungan istimewa.
Perkongsian Fify itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut gembira melihat mereka bersama serta mendoakan agar hubungan mereka hingga ke alam rumah tangga.
Turut menjadi perhatian, ada netizen meninggalkan komen mengatakan Fify suka lelaki ‘badboy’, namun pelakon itu mengatakan Niezam bukan lelaki sedemikian sebaliknya seorang yang baik.