Fify Azmi Dedah Kena Curang, Kongsi Mesej Perbualan 

Tiada angin tiada ribut, perkongsian pelakon Fify Azmi mengejutkan ramai apabila mendedahkan teman lelakinya berlaku curang.

Menerusi perkongsian di Threads malam tadi, Fify berkata dia tidak menyangka akan berkongsikan kisah peribadinya kepada umum.

BACA: Fify Azmi Sahkan Hubungan Cinta Dengan Niezam Zaidi Sudah Berakhir

Menurut Fify, tindakannya itu adalah sebagai peringatan kepada wanita lain supaya lebih mempercayai naluri sendiri.

“Tak pernah terfikir saya perlu berkongsikan perkara seperti ini. Tapi jika dapat membantu seorang wanita untuk percaya naluri sendiri, ianya berbaloi untuk dikongsikan,” tulisnya.

Turut menjadi perhatian, Fify memuat naik mesej perbualan dipercayai antara teman lelakinya dengan seorang wanita.

Dapat dilihat perbualan berkenaan mengenai seseorang yang mahu datang ke rumah dan sarapan bersama.

Wanita tersebut turut bertanyakan barang apa yang perlu dibawa dan individu tersebut membalas hanya membawa diri sahaja.

Dalam pada itu, Fify berkata dia sudah pun ‘move on’ dan berpendapat ketenangan jauh lagi berharga daripada memaksa kesetiaan daripada orang yang salah.

×