fbpx

Fezrul Khan Tayang Badan Di Instagram?

Gara-gara memuatnaik gambar yang menunjukkan bentuk badan tanpa berbaju di Instagram, Fezrul Khan tidak dapat mengelak daripada ditegur peminat. Bagaimanapun gambar terbaru tersebut hanyalah ketika dia bercuti di sebuah pulau di Sabah baru-baru ini.

BACA: Fezrul Khan Belum Sedia Kahwin Kali Kedua

Ada di antara peminat menegur Fezrul kerana tidak menutup aurat manakala ada juga yang seakan terpukau dengan bentuk badan pelakon ini yang disifatkan seksi dan body cantik. Apa pun, Fezrul tidak kekok melayan kerenah peminatnya di laman sosial tersebut.

Sebelum ini, pelakon lelaki ini pernah mengaku pernah menghadapi murung selepas bercerai dengan isterinya tahun lalu (2015) namun dalam masa yang sama menjelaskan bahawa dia belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Apakan daya, hujung minggu kali ini, hanya cerita Fezrul Khan tunjuk badan kekar sahaja mampu kami bawakan, namun jangan risau, bagi mereka yang tiada Instagram, kami kongsikan beberapa lagi keping gambar Fezrul ketika di sana. Enjoice!