fbpx

Fesyen Tak Over, Netizen Puji Penampilan DSV Nampak Kurus & Muda

Sebut saja nama Datuk Seri Vida, pasti ramai tahu penampilan usahawan kosmetik itu sering menjadi perhatian ramai apabila sering muncul dengan fesyen berani dan unik.

Terbaru, perkongsian Vida menjadi bualan apabila dilihat tampil simple dan tidak sarat ketika menghadiri satu majlis kahwin.

BACA: DSV Minta Cik B Cepat-Cepat Cari Teman Lelaki, Restu Kalau Nak Kahwin Muda

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Menerusi entri itu, Vida sempat bertanyakan kepada netizen netizen sama ada dia kelihatan muda atau tidak berpakaian sedemikian.

Foto dikongsikan oleh Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ramai memuji usahawan itu yang dilihat kurus.

Malah, ramai mengatakan fesyen yang digayakannya itu cukup sesuai dengannya berbanding busana yang pernah dipakai sebelum ini yang dilihat ‘meriah’ dan over.