Pelakon Fazlina Ahmad Daud menegur busana yang dipakai Aisha Retno ketika menghadiri acara Keretapi Sarong 2026 semalam.

Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu memuat naik video memaparkan Aisha mengenakan busana kebaya bersama kasut boot.

BACA: “Yang Jadi Bunyi Cerek” – Aisha Retno Sedih Dah Tak Mampu Nyanyi ‘Whistle Notes’

Bagaimanapun, Fazlina tampil memberi pandangan agar kain batik yang digayakan oleh Aisha agar dipanjangkan sedikit. 

“Kain batik tu kasi panjang sikit dik… lain macem bila pendek gitu. Pashion gitu tak onz la dik. Maap syakap ye,” komen Fazlina.

Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Fazlina itu serta mengatakan seolah hilang identiti pakaian tersebut apabila kain ‘disentengkan’ seperti sedemikian. 

×