Fesyen Dikecam Teruk, Awal Ashaari Tutup Ruangan Komen
Baru-baru ini berlangsungnya Kuala Lumpur Fashion Week 2018. Semestinya, penampilan ikon fesyen pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya sentiasa menjadi perhatian ramai. Ramai yang ternanti-nanti fesyen apakah yang akan digayakan oleh mereka.
Tidak mahu terus dihujani dengan komen negatif yang mengkritik penampilannya dan isteri, pengacara Awal Ashaari bertindak menutup ruangan komen di semua foto di Instagramnya ketika dia menghadiri acara tersebut.
Menurut Awal, dia tidak mahu memberi ruang kepada netizen yang seronok mengecam, mengkritiknya serta cuba menyebarkan kebencian.
Sebelum ini ada segelintir netizen mengkritik fesyen yang digayakan oleh Awal dikatakan tidak sesuai dengan usianya, malah caranya ‘catwalk’ di pentas peragaan juga tidak menjadi.
Penampilan Scha Alyahya juga turut dikritik apabila aksesori ‘tong sampah’ yang digayakan olehnya mengundang komen negatif netizen yang turut menyamakan perangai pelakon wanita itu juga seperti ‘sampah’.
- SUMBER
- BeautifulNara
Tak habis2 lagi pasal KLFW. Dari pajura kimk, nelopak bukit bukau smpai la si awaluddin ni. Dah takdr modal lain ke nak cite. Bosan sial lahanat sial banat!!!
tak kecam..memang tak berkenan this couple…sorry
talent dah seberapa…their status celebrity couple je
talent dorang lebih kepada hosting, talent kau sebagai pengkomplen tegar
tbh fesyen uniform tanjung rambutan dorg tu tak semua org boleh terima, but let’s agree to disagree kan semua boleh jadi tenang