Fesyen Baju ‘Tajam’ Di Dada, Nadia Brian Ditegur Netizen

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Nadia Brian menjadi perhatian apabila memuat naik videonya sedang bersiap untuk satu acara.

Menerusi video tersebut, Nadia dilihat ditatarias serta mengenakan usana serba merah jambu hasil rekaan Adi Suhaizad.

BACA: Bekas Suami Nadia Brian Nak Mengorat Fatin Afeefa?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia Brian (@nadia.brian)

Bagaimanapun, ramai yang kurang senang dengan bahagian dada fesyen baju tersebut yang dikatakan tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada umum.

Diruangan komen, rata-rata netizen memberikan teguran kepada Nadia supaya lebih berhati-hati dalam berpakaian serta menyifatkan pelakon itu berani memakai fesyen seperti itu.

Dalam pada itu, ada yang meluahkan rasa malu melihat pakaian yang dikenakan oleh pelakon itu serta mengatakan mereka memberi teguran sekadar untuk memberi peringatan dan mendoakan agar diberikan hidayah.

×