fbpx

Ferhad Kini Bergelar Penyampai Radio Mix FM, Sesuai Dengan Jiwa

Lama sudah kita tidak dengar kisah terbaru penyanyi kelahiran Singapura Ferhad yang pernah popular dengan lagu ‘Kasih Berubah’.

Awal bulan Januari ini menandakan era baru dalam kerjaya Ferhad apabila di’tawarkan menjadi penyampai radio sepenuh masa di Mix FM.

Menurut Ferhad, ini bukan pertama kali beliau di’tawarkan untuk menjadi penyampai radio, namun tawaran Mix FM sukar di’tolak tambahan lagi Mix FM cukup sebati dengan jiwa.

“Lagu-lagu yang disiarkan juga bersesuaian dengan lingkungan umur yang disasarkan melalui stesen ini pada setiap hari,” kata Ferhad kepada Utusan Malaysia hari ini.

Ferhad bersiaran di konti Mix FM menerusi segmen The All New Mix kendaliannya dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi itu.