Baru-baru ini tular video di TikTok memaparkan pelakon dan usahawan, Nur Fazura dilihat menegur salah seorang individu yang memakai tudung jenamanya.
Menerusi video tersebut, Fazura menegur individu berkenaan di sebuah pusat membeli belah dimana pelakon itu memberi salam serta mengucapkan terima kasih kerana memakai tudung jenamanya.
BACA: “Cantik Sungguh” – Netizen Terpegun Tengok Wajah Fazura Tanpa Mekap
@nadhimaduka_rachuntiktok Bilalah giliran kite pulak terserempak dengan fazura ek?
? Funny Song – Funny Song Studio & Thomas Hewitt Jones & Sounds Reel
Dapat dilihat wanita tersebut terkejut dann seolah tidak percaya apabila disapa oleh Fazura. Malah, wanita tersebut sempat bergambar dengan Fazura sebagai kenangan.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Fazura sememangnya sangat merendah diri dan tidak sombong apabila bertemu peminat.