fbpx

Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menitipkan nasihat kepada orang ramai agar tidak menyebarkan berita tidak benar susulan kemelut melanda rumah tangga Fazura dan Fattah Amin.

Menerusi sesi siaran langsung, Wawa berkata Fazura dan Fattah tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai hal rumah tangga mereka sebaliknya netizen yang membuat spekulasi.

BACA: Fazura Mohon ‘Dilepaskan’ Secara Baik

@wawacosmeticskl

Kita doakan yang baik-baik je la gais #wawazainal #aerilzafrel

? original sound – Wawa Cosmetics – Wawa Cosmetics

“Mana ada… kamu (netizen) janganlah sebarkan fitnah tu. Bini (Fazura) dia (Fattah) sendiri pun tak ada cakap dia curang. Kamu orang saja yang buat spekulasi sendiri,” katanya.

Sementara itu, Aeril juga turut sependapat dengan isterinya kerana tiada siapa tahu sebab kemelut rumah tangga mereka dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

“Kita pun tak tahu kan. Bukan sebab curang, mungkin sebab tiada kesefahaman. Tak semestinya orang itu mahu berpisah sebab curang kan,” katanya.