Hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pelakon jelita Nur Fazura memohon agar suaminya, Fattah Amin ‘melepaskan’ dirinya secara baik.
Memetik Utusan Online, sumber memberitahu perkara tersebut dinyatakan oleh Fazura dalam permohonan yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Jumaat lalu.
BACA: Individu Dedah Fattah Amin Tak Pernah Curang, Dakwa Fazura Ada Orang Lain?
Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atau bercerai secara baik.
Menurut sumber lagi, tarikh sebutan bagi permohonan cerai secara baik itu masih belum ditetapkan.
Dalam pada itu, buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada Fattah telah melantik peguam syarie untuk mewakili dirinya dalam permohonan cerai itu.
Sumber berkata lagi, peguam syarie yang mewakili Fazura kini berada di luar negara dan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan dalam masa terdekat.
SUMBER: Utusan Online