fbpx

Fazura Berbesar Hati Tengku Permaisuri Selangor Pakai Tudung Harga RM27

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Nur Fazura meluahkan rasa terharu apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman berkenan mengenakan tudung jenamanya, Tudung Fazura.

Dalam entri berkenaan, Fazura turut memuat naik gambar memaparkan Permaisuri Selangor mengenakan tudung berwarna biru muda dalam satu majlis di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

BACA: Permaisuri Selangor Hadiahkan Rantai Berlian Buat Anak Fazura

Fazura turut meluahkan rasa kagum apabila melihat seorang wanita berpangkat Permaisuri mengenakan sehelai tudung berharga RM27.

“Redup pandangan, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati. Saya sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat Tengku Permaisuri Selangor berkenan mengenakan Tudung Fazura.

“Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenan mengenakan tudung dengan harga kurang daripada RM30,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fazura turut berharap sikap rendah diri Tengku Permaisuri Norashikin dapat dijadikan teladan buat semua rakyat.

Sebelum ini, Fazura berkongsikan anaknya, Nur Fatima Aisya menerima hadiah istimewa seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.