Fazura Rasa Dihargai, Fattah Amin Hadiahkan Bunga Sempena Hari Ibu
Sempena Hari Ibu baru-baru ini, pelakon Nur Fazura terhariu apabila menerima kejutan sejambak bunga daripada suaminya, Fattah Amin.
Memuat naik video hadiah istimewa daripada Fattah itu, Fazura mengucapkan terima kasih buat suaminya serta meluahkan rasa syukur apabila dihargai oleh insan tersayang.
BACA: Netizen Puji Fazura Tak Kekok Peluk Cium Peminat
View this post on Instagram
“Pulang ke rumah dari tempat kerja dan ternampak ini (bunga). Terima kasih banyak-banyak suamiku. Sayang awak hubsbaby. Rasa hilang terus penat tadi. Begitu syukur bila dapat rasa dihargai. Alhamdulillah. MasyaAllah Tabarakallah,” tulisnya.
Menerusi nota yang diberikan, Fattah menzahirkan ucapan terima kasih buat Fazura selama bergelar isteri dan juga ibu kepada anak mereka, Nur Fatima Aisya.
“Selamat hari ibu buat isteriku yang tercinta. Ibu kepada anakandaku Fatima. Terima kasih mommy selalu jaga saya, jaga Fatima. Semoga mommy selalu dalam lindunganNya, berjaya dunia akhirat dan sihat selalu.
“Saya sayangkan awak hingga Jannah. Semoga akan selalu menjadi isteri dan mommy yang terbaik untuk keluarga kita,” tulis nota itu.
Perkongsian Fazura itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Fattah yang menghargai isteri.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima kini berusia setahun setengah.
- SUMBER
- Cari Forum
Ini barulah cerita yg benar dan ada nilai. Dorang nak buat crita hadiah keta mecedes rekon ke, keta lambongbegini rekon ke, rumah banga low ke, rumah kedai 3 lapis ke, ko jangan ikut mrk. Kalu ko nak bagi hadiah keta Proton kat Fazura, itu boleh ko wawarkan sbb lebih real tidak berpura2. Yg buat crita hadiah mahal2 tu sumernya tipu belaka, selalunya keja tipu tidak berkekalan.
Suka tgk senyuman mereka sekeluarga. Tak fake!
ank dia makin besar makin comel…