Netizen Puji Fazura Tak Kekok Peluk Cium Peminat
Sebut saja nama selebriti popular Nur Fazura, ramai yang senang dengan pelakon itu yang jarang sekali terpalit dengan kontroversi.
Malah, Fazura juga dikenali sebagai artis yang peramah dan tidak sombong dengan peminat. Baru-baru ini tular video di TikTok, Fazura dilihat mesra dengan peminatnya berusia 50-an dalam satu majlis.
BACA: Fazura Tergamam Tudung Habis Terjual Dalam Masa Seminit
@fazura.klang.shahalam Siapa potong bawang ni ??? #fyp #fyp? #foryou #fypage #fazura #tudungfazura #tudungbawal
Menerusi video berkenaan, Fazura dilihat tidak kekok melayan peminat serta turut memeluk dan mencium di bahagian pipi peminatnya itu. Difahamkan, majlis tersebut adalah khas untuk sesi Meet & Greet Fazura bersama peminat-peminatnya.
Meskipun memakai pelitup muka, namun dapat dilihat Fazura dilihat berbual mesra dengan peminatnya itu dan sentiasa tersenyum.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap peramah dan rendah diri Fazura bersama pemiatnya. Malah, ada yang mengatakan suka sikap Fazura sejak dulu lagi yang lemah lembut dan tidak sombong.
- SUMBER
- TikTok
Teringat zmn fattzura sblm diorg kwin masa tu mmg beribu2 org serbu nk beli baju raya kt butik diorg buat. Mmg happening zmn tu.
Ade satu video viral kat Tiktok perempuan India fans dia kemudian jumpa depan2 reaksi Fazura cukup humble :) Tak kekok langsung bersalam / hug dengan fans yang beza agama dan bangsa nie …
Fazura ni pr dia mmg bagus..humble. mmg boleh jadi ikon.
Memang bagus hijab die quality saya baru beli satu smart women in Malaysia nowadays Miss Fazura