Fazura Nekad Mahu Cerai Demi Maruah

Pelakon Nur Fazura nekad mahu meneruskan perceraian cengan suaminya Fattah Amin demi maruahnya sebagai wanita serta kesejahteraan hidup bersama anaknya, Nur Fatima.

Menerusi perkongsian dimuat naik di Instagram sebentar tadi, Fazura turut memohon orang ramai mendoakan agar proses perceraian mereka itu berkaan lancar.

BACA: “Curang Bukan Punca” – Peguam Dedah Sebab Fazura Fail Cerai 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Pada hari ini, Faz kekal nekad untuk meneruskan keputusan Faz sebelum ini demi maruah Faz sebagai wanita dan kesejahteraan Fatima dalam hidup Faz. 

“Mohon doakan Faz dapat menyempurnakan proses ini dengan baik dan lancar. Terima kasih sekali lagi diatas semua kata-kata semangat, sokongan dan semua doa untuk Fatima dan Faz sekeluarga,” tulisnya.

Sementara itu, Fazura turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang memberikan sokongan serta doa buat dirinya serta mengakui keputusan dibuatnya itu bukan diambil ringan.

“Keputusan yang telah Faz buat pada 13 September lepas bukanlah sesuatu yang diambil dengan ringan tanpa sebarang pertimbangan dan refleksi yang mendalam tentang masa hadapan Fatima dan Faz,” tulisnya.

Hari ini, Fattah dilapor belum bersetuju untuk melepaskan Fazura semasa sebutan kes permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Mahkamah menangguhkan kes perceraian Fazura dan Fattah itu ke tarikh baharu pada 7 Oktober ini.

×