Hampir 10 hari mendiamkan diri selepas sah bercerai pada 7 Oktober lalu, perkongsian terbaru selebriti popular Fazura di Instagram menjadi perhatian.
Menerusi perkongsian itu, Fazura dilihat mengenakan busana berwarna coklat serta berkata mata hitam dengan kapsyen ringkas ‘Embracing’ dan hashtag ‘Alhamdulilah’.
BACA: Beg Tangan Mewah Fazura RM50,000 Jadi Perhatian
View this post on Instagram
Pada hantara itu, turut disertakan lagu dari Celine Dion bertajuk ‘A new day has come’.
Perkongsian Fazura itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat buat pelakon itu untuk terus bangkit selepas berdepan kegagalan rumah tangga.
Terdahulu, Nur Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu selepas tujuh tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.