fbpx

Sejak semalam hanga diperkatakan susulan pengawal peribadi Fazura membuat pendedahan mengejutkan mengenai ‘orang ketiga’ serta mendedahkan ada ‘penyondol’ yang didakwa menjadi punca konflik rumah tangga pasangan berkenaan.

Bagaimanapun, tular perkongsian seorang individu dipercayai merupakan seorang peguam mendedahkan sesuatu mengenai bekas bekas stailis hijab kepada Fazura.

BACA: “Orang Belanja Cendol, Bukan Suruh Menyondol?” – Bodyguard Fazura Dedah Mengenai Penyondol

Menerusi perkongsian di Insta Story, individu berkata bekas stailis hijab dikenali sebagai Syira itu mahu mengambil tindakan undang-undang susulan fitnah dilemparkan terhadapnya.

Individu itu mendakwa Syira menerima komen kecaman berikutan tuduhan khabar angin mengatakan bahawa dia adalah ‘penyondol’ dalam rumah tangga pasangan itu dan khabar angin itu didakwa dibuat oleh wartawan yang didakwa ‘dibayar’.

Individu itu mendedahkan stailis itu yang merupaan ibu tunggal bukan wanita yang menyondol Fattah Amin serta mengatakan aktor itu tidak pernah berlaku curang.

Kadang-kadang kita dapat suami yang baik tapi isteri jenis suka private party. Dia yang ada orang lain tapi dikambing hitamkan orang terdekat untuk jaga reputasi.

Dalam pada itu, individu itu memberitahu dia tidak mengambil kes berkenaan kerana kini bekerja dalam bidang perundangan yang berbeza serta mendoakan agar Syira mendapat kehidupan yang lebih baik.