Tindakan pelakon Wanna Ali dikecam apabila memuat naik gambar bersama Fattah Amin di Instagram selepas beberapa jam tular berita Fazura memfailkan cerai terhadap suaminya.
Difahamkan, Wanna memuat naik gambar di set penggambaran drama Lelaki Melayu Terakhir bagi mempromosikan drama berkenaan.
BACA: Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin
View this post on Instagram
Bagaimanapun, ada yang mendakwa aktres itu seolah tidak sensitif berkongsikan gambar berkenaan apatah lagi sedang hangat diperkatakan mengenai rumah tangga aktor itu.
Ada netizen mengatakan perkongsian tersebut tidak kena waktu serta meminta agar Wanna lebih sensitif mengenai isu hangat diperkatakan mengenai Fattah dan Fazura.
Namun, ada yang mempertahankan tindakan Wanna memuat naik gambar tersebut kerana tuntutan kerja dan perlu profesional apatah dia tidak terlibat dengan rumah tangga Fattah.