Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok mengenai pelakon Nur Fazura yang membawa pekerjanya ke sebuah butik beg tangan mewah.

Difahamkan, Fazura menghadiahkan setiap seorang pekerjanya beg berjenama Coach sebagai tanda penghargaan. Menerusi video dikongsikan itu, memaparkan pekerja Fazura sedang membeli belah di butik berkenaan.


BACA: Peminat Teruja Tengok Anak Fazura Belajar ABC

@sonichussien

Fazura juga belanja saya beg ?! Terima kasih

? original sound – DJ SONIC HUSSIEN – DJ SONIC HUSSIEN

Malah, Fazura dikatakan mengajak mereka ke butik itu dan berkata mereka boleh ambil apa saja barang tanpa mengira tanda harga yang tertera. Turut kelihatan Fazura ke butik berkenaan bersama suaminya, Fattah Amin.

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sikap pemurah Fazura yang menghargai pekerjanya.


Tidak kurang juga, rata-rata netizen tidak hairan jualan tudungnya sentiasa habis serta turut mendoakan agar rezeki pelakon itu melimpah ruah.