Pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin yang juga selaku duta jenama Bata meraikan 20 anak yatim dari Rumah Cahaya Kasih dalam satu majlis pemberian kasut, hari ini.

Fazura berkata dia dan Fattah sangat berbesar hati untuk meraikan anak yatim bersama Bata. Kata Fazura lagi, perancangan tersebut sudah dibincang sejak tahun lalu lagi namun ditangguhkan susulan PKP.


BACA: Fazura Lancar Koleksi Tudung, Ramai Tak Sabar Nak Beli

“Saya difahamkan rumah anak yatim yang dipilih ini bukan dari pertubuhan yang terkenal. Jadi, secara tak langsung dapat beri peluang kepada mereka yang selama ini mungkin kurang mendapat perhatian.

“Sebenarnya dari tahun lalu lagi kami sudah berbincang dengan Bata untuk adakan majlis seperti ini tapi disebabkan pandemik Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia terpaksa ditangguhkan,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura meluahkan rasa syukur dengan rezeki diberikan oleh anak-anak yatim tersebut serta berharap pemberian itu mampu membuatkan mereka tersenyum.


“Alhamdulillah tahun ini rezeki buat anak-anak yatim ini. Mereka berpeluang untuk memilih sepasang kasut baru untuk menyambut Aidilfitri nanti. Diharapkan pemberian ini dapat memberi senyuman kepada mereka,” katanya.