fbpx

Fazura Bengang Dibandingkan Dengan Elfira Loy

Sebuah portal hiburan baru baru ini telah melaporkan yang Elfira Loy bakal adakan lima resepsi perkahwinan sekaligus meletakkan perkahwinan selebriti itu sebagai Wedding of the Year (setakat ini).

Namun, Fazura yang menjadi perbandingan dalam artikel itu tidak berpuashati dengan cara tajuk laporan itu ditulis.

BACA: Peminat Mula Spekulasi Yang Fazura Kini Hamil

“Saya benar-benar bingung dengan tajuk yang sebenarnya tidak perlu. Kenapa kita mesti terus mempromosikan segala-galanya sebagai satu persaingan? Saya dan Fattah Amin tidak pernah menganggap kami sebagai nombor satu atau lebih dari orang lain,” tulis Fazura.

“Artikel sebegini bukan sahaj anegatif, tetapi menjadi punca kenapa kita membenci sesama kita daripada menjadi gembira dengan kebahagiaan orang lain,” tambahnya lagi.

Fazura turut sempat mengucapkan tahniah buat Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol Anuar atas perkahwinan mereka dan tidak sabar untuk hadir ke resepsi mereka kelak. (rtky/m)