fbpx

Fazura Bakal Berduet Dengan Penyanyi Antarabangsa

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Selepas fenomena Fattzura, kini Fazura melebarkan sayap dalam bidang nyanyian ke peringkat antarabangsa pula. Menurut Fazura, tidak lama lagi beliau bakal merakamkan lagu bersama penyanyi antarabangsa namun identiti penyanyi tersebut masih dirahsiakan bagi membuat kejutan buat peminat.

BACA: Fazura Akui Tak Akan Move On Dengan Fattah Amin

“Alhamdulillah saya diberi pelung untuk merakamkan lagu bersama seorang penyanyi antarabangsa tidak lama lagi. Buat masa ini siapakah artis tersebut adalah rahsia tapi jujur saya sangat teruja dengan projek itu dan memang tidak menyangka dapat bekerjasama,” katanya kepada m Star Online.

Jika dilihat sebelum ini pun, Fazura sering juga berduet dengan beberapa penyanyi dari antarabangsa seperti penyanyi dari Indonesia, Ridho Rhoma menerusi lagu Bulan Terbelah Di Langit Amerika dan Jason Dy dari Filipina lagu berjudul Nothing Like Pag-ibig. Malah kongsinya lagi, lagu terbaru ini akan dimuatkan dalam album sulungnya nanti.

Bertambah-tambah rezeki Fazura kini, bukan sahaja pandai berlakon dan menyanyi malah dalam perniagaan juga. Pastinya peminat Fazura tidak sabar menantikan buah tangan terbaru dari pelakon kesayangan mereka ini. Tambah-tambah lagi, penyanyi gandingannya nanti masih menjadi tanda tanya. Tahniah diucapkan buat Fazura. (rtky/w)