fbpx

Fazley Yaakob Dedah Isteri 13 Kali Keguguran Termasuk 2 Pasangan Kembar

Baru-baru ini, penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memuat naik perkongsian kisah suka duka rumah tangganya bersama isteri tercinta, Datin Azrene Soraya.

Menerusi entri itu, Fazley turut berkongsikan video momen bahagianya bersama isteri sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-16.

BACA: Fazley Yaakob Bidas Netizen Kritik Isteri Tindik Hidung

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

“16 years today Adik Sayang!! Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang datang berkali-kali bukan dari kita berdua, tetapi always dari mereka yang sering mencuba untuk memisahkan kita dan menggoyang masjid yang kita bina selama ini.

“Terlalu besar pengorbanan both of our families to make sure our love is justified with a pernikahan pada 7 November 2006 di Masjid Saidina Umar Al Khattab.

“Thank you Adik Sayang, for all your sacrifices for me big and small, yang abang tahu dan yang abang tak tahu. Abang hargai every one of it,” tulisnya.

Apa yang menjadi perhatian ramai, Fazley mendedahkan isterinya pernah mengalami keguguran sebanyak 13 kali termasuk dua pasangan kembar.

“Syukur Alhamdulilah, walaupun berhadapan dengan 13 kali keguguran termasuk 2 pasangan kembar di mana salah satunya kembar anak sulung kita, kini kita berjaya membesarkan 3 anak-anak lelaki dan seorang puteri. Allah Maha Besar, segala ketentuanNYA takkan mampu sesiapa pun ubah,” tulisnya.

Perkongsian Fazley itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberi ucapan sempena ulang tahun perkahwinan pasangan itu serta mendoakan rumah tangga mereka diberkati hingga ke syurga.