fbpx

Masih ingat dengan penyanyi Asmara Ini, Fazley Yaakob? Hooray.

Selepas panas dengan skandal PhD palsu tidak berapa lama dahulu, Fazley Yaakob banyak mendiamkan diri.

Strategi yang bagus sebenarnya untuk ahli perniagaan seperti Fazley Yaakob. Melatah bukan pilihan kalau mahu terus survive.

Diam diam Fazley Yaakob rupanya berisi (ya Allah cliche!) dengan projek penulisan buku motivasi & penghasilan album baru.

Menurut kenyataan tidak rasmi dari laman Twitter Fazley Yaakob, beliau akan melancarkan buku motivasi tulisan beliau sekitar minggu hadapan.

Berikut adalah petikan dua muka surat dari buku motivati tulisan pakar motivasi ini yang di’beri judul awal CiNTA.

Beliau turut menyatakan yang album terbaru beliau bakal di’lancarkan selepas Aidilfitri tahun ini. Peminat Fazley Yaakob, kita nantikan sama-sama ya.