Fazley Yaakob Akui Makanan Tepi Jalan Lagi Sedap Dari Restoran
Meskipun bergelar cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dia sangat gembar membeli makanan dari penjaja di tepi jalan. Malah, beliau mengakui ada makanan yang jual lebih sedap daripada restoran ternama.
Ujarnya lagi, beliau tetap menghormati peniaga di tepi jalan walaupun orang ramai sering disogokkkan dengan cerita dimana makanan dijual di tepi jalan kurang bersih.
BACA: Isteri Bekas PM Ditahan, Fazley Yaakob Tetap Simpati
“Saya paling suka bila dapat singgah di gerai-gerai peniaga di tepi jalan setiap kali saya travel. Walaupun ada segelintir pihak sering nyatakan jangan beli makanan di tepi jalan kerana biasanya ia kurang bersih. Tetapi saya tetap menghormati peniaga-peniaga gigih ini.
“Banyak dah saya cuba di mana ada kalanya makanan mereka jauh lebih sedap daripada restoran-restoran hebat,” tulisnya.
Kata Fazley lagi, dia berharap dengan perkongsiannya itu dapat menyokong dan memberi semangat untuk mereka lebih berniaga serta memberi kesedaran kepada orang ramai supaya tidak memandang rendah kepada peniaga di tepi jalan.
“Tak salah kalau kita menyokong dan menyuntik semangat buat usahawan dari komuniti kita ini.
“Jangan mudah memandang rendah terhadap sesiapa pun. Sama ada mereka meniaga nasi lemak di bawah pokok ataupun goreng pisang di tepi sungai,” katanya lagi.
- SUMBER
- Astro Gempak
Sy mmg dr dlu skong mkanan tpi jln lg sdap dr rstoran,cma diorg x brduit nk bkak kdai lg.tp nk bli kne ati2 gak ,klu pnjual org asing mmg x la.takutttt
KO JGN TAK TAU..ORG MELAYU LAH MANUSIA PALING SUSAH NAK SUPPORTIVE ORG LAIN YANG TIDAK DIKENALI..YG DIKENALI PON SUSAH NAK SUPPORTIVE..
Bagus lah lau semua mcm tu
Cantik rambut..dah terserlah kepondanan yg azali di coverina kan.hahah
Knp berimej gayarina ni sis Faz?
Gayahrina sluar daddy… dah knp pulok?
Satu biji brokoli jual harga 3.60??? Pasar malam tu…. Kat mydin satu biji baru rm1… Macam mana tu????
brokoli tu kategori bahan basah. bukan makanan yg dijual penjaja tepi jalan. bykkan membaca dan berfikir, please
Okay je mkn kat tepi jln. Tapi tengok jugak la kat tepi mana en. Kalo tepi parit busuk2 bau busuk tu jd perisa mknn tu pulok.
Kalo sebelum beli tu cer ko borak sikit dgn seller. Tah2 bahasa kampochea atau myanmar ada yg baca bismillah x reti. Jgn termakan karipap inti daging oink2 tau.
Test
sebab tu tak pergi restoran atau cafe dia sebab tau dah,,, makanan luar lagi sedap
morning