fbpx

Fauziah Nawi Sebak Lihat Kesungguhan Cucu & Menantunya Mencari Rezeki

Nama Fauziah Nawi atau lebih dikenali sebagai ibu cukup sinonim dengan dunia hiburan. Apabila kami meninjau laman Instagram insan ini, tersentuh hati kecil kami melihat setiap perkongsiannya.

View this post on Instagram

Subhanallah 115 hari sudah buah hati mama pergi.Pitt semalam kerinting start buka gerai di #enjoyscornerdesamelawati jual bubur nasi lauk crispy resepi opah.Nyawa nyawa Pitt tolong.Little dragon was so amazing. Macam lipas kudong hantar order lap meja kutip mangkok kosong cuci dan dia nampak seronok ramai yg selfie dgn dia.Mhia pun hebat mama tahu dia letih tapi bila pelanggan dtg dgn pantas layan dgn senyum.dhia terlewat sampai tertidor keletihan balik sekolah.Noah dan Adam pun banyak membantu.Ramai yg support.Geng kerinting geng mama juga family.Pitt mama bersyukur kerinting buka bisnes jd ada lorong rezeki dia dan nyawa nyawa.Mama tetap akn bantu selagi ada hayat mama. Moga rezeki kami baik. Kesihatan baik. Mama tengok nyawa nyawa Pitt bekerja remuk hati mama sambil menahan air mata tumpah.alhamdulillah sales laris.Dhia dan uncle nya kemas.Little dragon terpaksa didukong kerana keletihan.Brabuss pun datang.Syafie Naswip dtg dgn mak bapak dan adik dia.Till we meet again my love.#Biarsusahjnjibolehjlntegak #Kitabuatkitadapat #jgnmenadahtanganmintasimpati #Tuhanpelihara3anakyatim

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi) on

Boleh dikatakan siapa yang membaca perkongsian seorang ibu mengenai menantu dan cucunya yang bertungkus-lumus bekerja selepas kematian ketua keluarga pasti akan merasa kesedihan yang dialami oleh ibu Fauziah.

View this post on Instagram

Hari 116. Cepat nya. Moga tenang tenang disana. Semalam hari kedua kerinting dan nyawa nyawa Pitt berniaga bubur nasi lauk crispy di #EnjoysCorner. Alhamdulillah. 9.30 mlm tadi habis terpaksa masak lagi sbb pelanggan makin ramai yg datang. Geng production paling ramai. @wanshade @syafienaswip @beto_kusyairy @esmadaniel munir @asryazizanbanks @liyabanksmusic anak beranak @kent7001 ramai lagi tak tersebut.Geng mama pun ramai datang.Little dragon yg paling sibuk.Dhia dgn Mhia mmg la sibuk. Kerinting @ifarahahmad mmg la sibuk.Mama tak dpt sama sbb ada shooting di Alor Star Kedah. Rezeki mama rezeki nyawa nyawa Pitt juga.Hari pertama mama bg Mhia Thia Noah Adam gaji tolong mamanya. Semalam budak budak dpt gaji sorang 30 ringgit. Alhamdulillah ajar mereka supaya tau susahnya cari rezeki utk hidup.Mama bangga pd masa sama luluh hati sbb mereka kena lalui hidup mcm ni. Tapi itu lebih baik dr jd peminta simpati org.mama berdoa moga Allah melindongi nyawa nyawa Pitt dan kerinting. Till we meet again. #jalantegaksbbtakambilhakorang #3anakyatimberushautkhidupyglebihbaik

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi) on

Dalam posting Fauziah Nawi sering menasihatkan cucu serta menantunya dalam mencari rezeki yang halal dan bukan mengambil hak orang meskipun letih dalam menguruskan perniagaan mereka di kedai Jom Bubur Enjoys Corner.

View this post on Instagram

118 hari tanpa mu buah hati ku. Moga Pitt tenang disana dalam dakapan Khaliq mu wahai anak. Kehidupan kami diteruskan dgn izin Nya juga. Kerinting masih mampu bertahan. Rezeki dia dan nyawa nyawa moga diperbaiki setiap hari. Moga dapat rezeki halal. Moga kerinting sihat walafiat.Nyawa nyawa Pitt sentiasa didalam perlindongan Allah.Alhamdulillah mlm tadi rezeki baik utk nyawa nyawa Pitt. Ramai kawan2 dtg makan di Jom Bubur Enjoys Corner. Mama selalu ckp kat Pitt dan sekarang kat kerinting biar kita susah biar kita letih asal rezeki kita rezeki halal dan kita tak ambik yg bukan hak kita baru boleh jalan tegak macam atok dok pesan pd mama adik beradik.Jgn kita mengharap ehsan org jgn kita menagih dan menadah tangan Minta sedekah utk hidup.Biar kita miskin jgn miskin jiwa jgn jd pencuri.jgn kita perah tenaga org utk kesenangan kita.Sentiasa ingat budi org.Jd manusia yg baik kerana Allah.Till we meet again.week days nyawa2 tak tolong digerai dont worry Pitt my love.

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi) on

Nasihat Fauziah Nawi ini juga sedikit sebanyak memberi tamparan hebat buat peminatnya dalam mencari rezeki. Rata-rata peminat Fauziah Nawi meninggalkan komen yang positif serta ada yang mampu menyelami hati seorang ibu yang tabah ini.

Hari ini genap 118 hari kematian anak Fauziah Nawi, Pitt yang meninggal dunia akibat mati lemas selepas bot yang dinaiki sewaktu memancing karam akibat merempuh tiang sebuah jambatan.

Arwah Pitt turut meninggalkan seorang balu, Farah Ahmad dan 3 orang anak.