fbpx

Pagi tadi berlangsung’nya majlis pra tonton filem yang paling di’nantikan penghujung 2011 ini, Ombak Rindu.

Pendapat pendek kami, filem ini mampu mengusik jiwa penonton & jika terbuai dengan plot Ombak Rindu, mata boleh berair. Lelaki tidak terkecuali jika dalam hati ada taman.

Ketika sidang media bersama pengarah, penerbit & barisan pelakon, penulis asal novel Ombak Rindu Fauziah Ashari meluahkan rasa tidak puas hati dengan hasil adaptasi filem yang bakal di’tayangkan pada 1 Disember ini.

Menurut Fauziah Ashari terdapat beberapa plot penting dalam novel yang tidak di’angkat ke layar perak & juga dialog yang di’gunakan dalam filem ini tidak selari dengan apa yang beliau sampaikan menerusi novel.

“Namun saya tetap berfikiran terbuka dengan usaha pihak penerbit untuk membawa karya saya ke layar perak,” ujar Fauziah Ashari awal petang tadi.

“Satu pesanan saya, jika boleh selepas ini jika ada lagi novel yang di’angkat menjadi filem — jemput penulis asal novel tersebut untuk duduk sebagai penulis skrip atau panel penasihat.”

Kalau di’fikirkan semula, memang sukar untuk memuatkan semua yang ada dalam novel sebagai sebuah filem berdurasi 2 jam — penulis skrip professional mungkin lebih tahu perkara ini. Hmm.