fbpx

Fauzi Nawawi Malu, Lisdawati Tetap Pertahan Suami

Semalam, nama Fauzi Nawawi sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas ada laporan akhbar mengatakan beliau mempunyai hubungan istimewa dengan seorang bintang realiti televisyen, Noni AF5 namun ianya dinafikan oleh kedua dua pihak.

BACA: Noni AF5 Nafi Ada Hubungan Dengan Fauzi Nawawi

Hari ini melalui mStar Online, Fauzi Nawawi mengakui merasa malu apabila dikaitkan dengan Noni AF5 selain terkejut dengan khabar angin mengatakan beliau berlaku curang terhadap isterinya, Lisdawati.

“Sudah-sudahlah nak kaitkan saya dengan wanita lain. Pada usia mencecah 40 tahun, saya rasa malu pula apabila digosipkan mempunyai skandal,” ujar Fauzi Nawawi.

Fauzi Nawawi juga memberikan peringatan kepada pembawa berita ini untuk selidik betul betul sebelum menulis dan tidak teragak agak mengambil tindakan.

“Saya nak ingatkan, kalau nak buat cerita seperti ini selidik betul-betul. Jangan sampai saya ambil tindakan pula nanti. Mungkin isteri saya sudah faham dengan isu seperti ini dan dia tidak hairan pun dengan perkara tersebut”

Dalam kenyataan berasingan, Lisdawati menerusi Sinar Harian berkata yang beliau tidak mudah melatah selain masih meletakan kepercayaan tinggi terhadap suaminya itu.

“Semua orang dah kenal Fauzi sebagai pelakon dan pengarah, malah saya tahu Fauzi seorang yang peramah. Selagi tahu membawa diri ketika bergaul, tiada masalah yang akan berlaku”

“Lagipun, isu terkait ini bergantung kepada dua-dua pihak. Jika hanya sebelah pihak, perkara seperti ini tidak akan timbul,” tambah Lisdawati lagi.