fbpx

Fattzura Kongsi Wajah Anak, Ramai Puji Kecomelan Nur Fatima Aisya

Selepas hampir dua bulan menanti, tepat jam 12.00 malam tadi bersempena dengan tahun baru 2021, Nur Fazura dan Fattah Amin berkongsikan wajah puteri sulung mereka di akaun Instagram masing-masing.

Perkongsian Fattah dan Fazura itu ternyata membuatkan peminat dan netizen teruja apatah lagi sudah lama menantikan untuk melihat wajah anak pasangan selebriti tersebut selepas selamat dilahirkan pada 2 Oktober lalu

BACA: Fazura, Fattah Amin Belum Sedia Dedah Wajah Anak

Perkongsian tersebut dibanjiri dengan pelbagai komen daripada netizen yang memuji dan geram dengan kecomelan Nur Fatima Aisya. Malah, ada yang mengatakan apabila besar kelak pasti Fatima cantik seperti ibunya.

Dikesempatan itu juga, Fazura dan Fattah sempat mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2021 buat semua peminatnya.