fbpx

Fattah Amin Tersenarai Lelaki Paling Seksi Dunia 2018

Baru-baru ini, sebuah portal hiburan Starmometer menyenaraikan 100 Lelaki Paling Seksi Dunia 2018. Lebih mengejutkan, pelakon sensasi Fattah Amin muncul sebagai satu-satunya selebriti Malaysia yang berada dalam senarai.

Menduduki tangga ke-76, suami kepada pelakon jelita, Nur Fazura itu menewaskan beberapa lelaki Asia antaranya pelakon Korea Selatan, Jung Hae-In dan pelakon Thailand, Max Nattapol.

BACA: Fazura Masak Sedap Tapi Fattah Amin Larang Ke Dapur

Perkara itu turut dikongsikan sendiri oleh Fattah Amin dan Fazura menerusi Instastories.

Senarai 100 Lelaki Paling Seksi Dunia 2018 itu mengangkat ahli kumpulan muzik band BTS dari Korea Selatan, Jeon Jungkook sebagai Lelaki Paling Seksi tahun ini.

Starmometer mengeluarkan senarai 100 Lelaki Paling Seksi Dunia 2018 itu berdasarkan undian peminat di Facebook, Instagram dan Twitter.

Selain itu, beberapa nama besar turut tersenarai dalam 10 lelaki paling seksi dunia 2018 antaranya, Pietro Boselli, Chris Pine, Ansel Elgort, Harry Styles dan Park Seo-Jun. Dalam pada itu, pelakon negara jiran Indonesia, Joe Taslim turut berada dalam senarai itu di kedudukan ke-30.