Pelakon Fattah Amin berkata dia mengakui terkejut dan hanya mengetahui isterinya, Fazura memfailkan perceraian melalui media sosial.
Memetik Harian Metro, Fattah berkata dia masih sayangkan isterinya dan menegaskan tiada wanita lain dalam hidupnya seperti yang didakwa.
BACA: Individu Dedah Fattah Amin Tak Pernah Curang, Dakwa Fazura Ada Orang Lain?
“Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui media sosial, terutamanya selepas ia ditularkan.
“Saya berasa amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita ini. Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi Faz (panggilan Fazura),” katanya.
Sementara itu, Fattah turut berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik dan isu rumah tangganya itu dapat diselesaikan dengan baik secara tenang.
“Walau apa pun yang terjadi, saya dengan rendah diri memohon doa yang baik-baik dan sokongan daripada kalian semua tidak kira yang pernah mengenali mahupun yang tidak mengenali kami secara peribadi.
“Moga segala urusan kami berdua dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan,” katanya.
SUMBER: Harian Metro