Nama Fattah Amin memang tidak asing lagi dalam industri hiburan masa kini. Setiap posting bersama isteri tercinta Fazura, di laman sosial sering mendapat perhatian ramai.


Terbaru, Fattah dikatakan semakin mendapat tawaran hebat, dimana pemilik lagu berjudul Isterimewa ini dilantik oleh UMW Toyota Motor (UMWT) sebagai duta Toyota C-HR.

Pelantik Fattah sebagai duta berdasarkan popularitinya yang semakin meningkat naik dalam industri hiburan. Selain pada itu, aktor ini pernah mewakili pelumba selebriti dalam Vios Challenge di perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) pada tahun lalu.

Fattah juga berpeluang memandu Toyata C-HR yang dilancarkan pada akhir Mac lalu, selama sebulan bagi merasai sendiri kehebatan varian enjin 1.8 liter ini.

Toyata C-HR yang merupakan pengendalian optimum ini juga mempunyai empat-silinder naturally aspirated Dual VVT-i dengan hamburan kuasa 138 hp pada 6,400 rpm dan tork 171 Nm pada 4,000 rpm.

C-HR yang mengutamakan ciri keselamatan ini juga turut menyediakan tujuh beg udara di bahagian hadapan, sisi, tirai dan bahagian lutut pemandu bersama Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dengan kawalan cengkaman.

Antara ciri keselamatan lain yang turut mendapat sambutan hangat Toyata C-HR di pasaran adalah ABS dengan EBD dan bantuan Brek, paparan titik buta, kepekaan trafik lintasan belakang, sistem pemantauan tekanan tayar dan cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX.