fbpx

Fattah Amin Mula Sombong Dengan Peminat?

Jarang kita dengar cerita buruk mengenai Pelakon paling popular Malaysia, Fattah Amin. Namun terbaru, Fattah dikatakan sudah sombong apabila ada peminat mendakwa mereka tidak diendahkan ketika ingin bergambar dengannya.

BACA: Fattah Amin Kerja Angkat Pasir Sebelum Popular

Menerusi Berita Harian, difahamkan peminat yang sedang makan di kafe milik Fattah melihat pelakon itu baru balik dari gimnasium berdekatan. Namun apabila disapa untuk bergambar, Fattah tidak melayan dan terus angkat kaki.

“Secara kebetulan, Fattah muncul di kafenya. Ketika itu, Fattah baru balik dari gimnasium berdekatan. Tentulah teruja apabila melihat kelibat Fattah. Kalau boleh nak sangat bergambar sekeping dua dengan aktor pujaan ramai itu”

“Bagaimanapun, keterujaan masing-masing bagai direntap apabila Fattah tidak melayan sapaan mereka. Lebih membuatkan mereka kecil hati apabila Fattah difahamkan terus angkat kaki. Jika sibuk atau terburu-buru takkan seminit pun tidak boleh diluangkan waktu untuk peminat?

“Khabarnya, pandangan mereka terhadap Fattah sudah berubah. Mereka fikir Fattah sombong dan berlagak orangnya,” tulisnya di ruangan Raja Mawar menerusi Berita Harian Online.

Kali pertama pula mendengar cerita tidak enak mengenai Fattah, tapi mungkin peminat kena lebih positif. Iyalah, biasa orang baru balik dari gym, badan berpeluh dan berbau. Mungkin Fattah tidak selesa bergambar disebabkan itu? (rtky/w)