fbpx

Fattah Amin, Fazura Tak Nak Terlalu Dedah Anak Di Media Sosial

Pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin sepakat untuk tidak terlalu mendedahkan cahaya mata sulung mereka, Nur Fatima Aisya di media sosial.

Memetik Utusan Online, Fazura berkata dia dan Fattah sedar tentang kewujudan ancaman dan pengaruh negatif dari Instagram, Youtube dan tidak akan berkompromi tentang soal keselamatan.

BACA: Fazura Tolak Watak Rebut Lelaki

“Sejak dahulu lagi, saya dan Fattah amat mementingkan privasi dan kami hanya kongsikan perkara-perkara tertentu sahaja di media sosial.

“Bila sudah lahirkan Nur Fatima, kami mahu lindungi dia daripada perkara-perkara yang tidak diingini dengan tidak mendedahkannya di media sosial dengan terlalu kerap,” katanya.

Sementara itu, Fazura mendedahkan dia dan Fattah banyak menerima tawaran yang mahu mereka berlakon bersama dalam filem dan drama.

“Kami terima banyak tawaran. Tetapi, kami berdua, lebih-lebih lagi Fattah belum memutuskan untuk berlakon bersama kerana dia tidak mahu emosi di set penggambaran seperti gaduh atau pukul dibawa sampai ke rumah.

“Bergantung kepada skrip juga. Ia perlu hanya berkisar tentang cinta. Kalau ada pergaduhan ataupun kekasaran seperti pukul dan sebagainya, dia (Fattah) tidak boleh semua itu.

“Dia percaya emosi seperti itu akan terbawa-bawa sampai ke rumah. Tetapi Insya-Allah, kami berdua akan mengusahakan sesuatu tidak lama lagi,” katanya.