fbpx

Fattah Amin, Fazura Bakal Sanding 25 Februari Ini

Selepas tiga bulan bernikah, akhirnya pasangan kegemaran ramai Fattah Amin dan Fazura berkongsi tarikh majlis persandingan mereka, pada 25 Febuari ini. Difahamkan majlis tersebut akan dilangsungkan di sebuah hotel terkemuka.

BACA: Nur Fazura: Saya Belum Check-Up Lagi

Menerusi Berita Harian Online, kad undangan perkahwinan yang diberikan oleh wakil Fattah, memilih bulan yang sering dikaitkan dengan cinta, Febuari untuk mengabadikan majlis resepsi mereka. Pasti ramai yang tidak sabar menantikan hari bermakna buat pasangan suami isteri ini.

Terdahulu, Fattah dan Fazura telah selamat melangsungkan majlis pernikahan secara tertutup pada 27 November tahun lalu di sebuah hotel ibu negara. Hanya sekali lafaz, pasangan ini selamat bergelar suami ister pada 9.50 malam.

Baru-baru ini juga heboh seketika apabila gosip mengatakan Fazura sudah hamil mula bertebaran di media sosial. Telatah comel Fazura menerusi sebuah video menunjukkan beliau makan dengan berseleranya membuatkan ramai menganggap pelakon itu sedang berbadan dua.

Pastinya majlis persandingan Fattah dan Fazura antara majlis yang dinantikan peminat selepas pernikahan mereka tahun lalu. Adakah majlis persandingan mereka bakal dinobatkan sebagai ‘Wedding Of The Year’? (rtky/w)