fbpx

Fattah Amin Enggan Komen Gosip Dengan Neelofa

Gosip percintaan diantara Fattah Amin dan Neelofa mungkin bermula dari drama paling popular, Suri Hati Mr Pilot, namun walaupun episod drama tersebut berakhir, gosip cinta mereka masih bertebaran. Tidak mengiyakan atau menidakkan perkara itu, Fattah enggan memberikan komen lanjut mengenainya dan lebih selesa bercerita mengenai kerjaya seninya.

BACA: “Saya & Neelofa Masih Keluar Bersama”

“Minta maaf saya tak mahu komen tentang isu itu. Saya tahu peminat sukakan gandingan kami dan kalau boleh mahu perkara itu dalam dunia realiti. Tentu sekali saya melihat watak Ejaz dan Warda yang kami bawakan menjadi. Kalau tanya mana-mana pelakon sekalipun, semua orang mahukan mesej yang cuba disampaikan diterima. Saya lebih selesa bercerita mengenai kerjaya”

“Saya tidak pernah menolak dengan siapapun pelakon yang digandingkan. Dengan Neelofa kami berjaya mencipta fenomena dan mungkin dengan pelakon wanita lain akan menerima nasib yang sama juga. Jadi dengan siapa pun saya digandingkan, perkara tersebut akan dibuat sebaik-baik mungkin. Saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada,” katanya kepada Utusan Online.

Hubungan cinta yang bagaikan direstu oleh peminat masing-masing sejak dari lakonan hebat mereka di dalam drama tersebut membuatkan Fattah tidak menolak kemungkinan untuk bergandingan sekali lagi bersama wanita itu. Malah dengan kejayaan drama Suri Hati Mr Pilot juga membuatkan kerjasama mereka di masa akan datang pasti akan menjadi lebih mudah.

Apapun melihatkan lakonan mereka di dalam Suri Hati Mr Pilot, memang nampak keserasian diantara mereka berdua. Mungkin disebabkan itu lakonan mereka terkesan di hati peminat sehingga ke hari ini. Tetapi jika memang benar mereka mempunyai hubungan cinta, pasti suatu hari nanti mereka akan luahkan kebenaran kepada peminat, tunggu sahajalah. (rkty/w)