Fattah Amin Elak Babak Bersentuhan Ketika Berlakon
Bergelar suami dan bapa, pelakon Fattah Amin berkata dia lebih berhati-hati sebelum menerima sebarang tawaran berlakon jika ada adegan bersentuhan.
Mengakui kurang selesa membawakan adegan bersentuhan, Fattah berkata dia akan berbincang terlebih dahulu dengan pengarah sebelum menjalani penggambaran.
BACA: Betulkan Tudung Isteri, Fattah Amin Dipuji Ramai
“Rasanya semua sedia maklum, saya sendiri kurang selesa sekiranya membawakan adegan bersentuhan. Sebelum berumah tangga lagi, saya sendiri kurang selesa bersentuhan.
“Sekiranya boleh elak, lebih baik saya cuba untuk tidak bersentuhan. Jika perlu, lazimnya babak berpegangan tangan itu berlapik,” katanya.
Berkongsikan mengenai perkembangan terbarunya, Fattah berkata dia bakal muncul dengan drama terbaru bulan depan berjudul, Khilaf Asmara membawa watak jahat. Katanya lagi, sudah tiba masanya untuk dia membawa watak baru serta mahu keluar dari kebiasaan.
“Buat pertama kalinya, saya membawakan watak jahat dalam. Saya tidak mahu dicop sering membawakan watak yang sama saja. Oleh itu, saya keluar dari kepompong selesa dan mencabar diri melakonkan sesuatu yang berbeza,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
bagus la…yg kata ujian bla bla tu patut letak otak dlm tong sampah. sendiri buat hal salahkan tuhan plak… padahal sendiri gatal merenyam.
Dah kawin dah jadi babak kalau lagi nak dokong2 tak tau apa nak cakap…welcome back Fattah
Fattah kalo mau dokong2 pun byk yg mau offer tp ini orang bagus. Mcm saharul riduan jugak . Kita mnusia ni perlu ada prinsip hidup. Biar x byk job sbb pertahankan keterunaan. Yg penting ada ketegasan. Tolak kegatalan dlm berkarya.
ramai je pelakon lelaki tahu jaga batas2…
x pyh bg alasan ikut skrip…abis klau pengarah suruh kau mkn taik kau buat ke?? x kn……….hahahahah
Kalau pelakon talented, tak sentuh pun boleh nampak “sweet” berlakon jadi laki-bini.. cth cerita Mr.Bibik tu..elok je Sharul & Zara tu takyah nak dukung2, calit whipped cream bagai
Bagus Fattah, slow2.. yg pasti dah menang anugerah pelakon terbaik peringkat asia.