fbpx

Betulkan Tudung Isteri, Fattah Amin Dipuji Ramai

Setiap kali pelakon Nur Fazura melancarkan koleksi tudung terbaru, pasti ianya mendapat sambutan luar biasa dan akan habis dijual dalam masa yang singkat.

Baru-baru ini, tular video dikongsikan oleh netizen di aplikasi TikTok memaparkan Fazura sambil ditemani suami tercinta Fattah Amin menjalani photoshoot koleksi tudung miliknya.

BACA: “Rasa Malu Pula Bila Dah Lama Tak Bergambar Macam Ni” – Fazura

Apa yang menjadi perhatian, Fattah dilihat menjadi perunding imej bagi memastikan semuanya kelihatan sempurna sebelum photoshoot bermula.

@sayangselaseh

New Stylist ?? #fattzura #fattzuralovelife #ss012022fafafa

? Hingga Tua Bersama – Rizky Febian

Turut dilihat, Fattah membetulkan tudung isterinya sekaligus membuatkan netizen teruja. Malah ramai yang memuji aktor itu berusaha menjaga aurat isterinya.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan Fazura bertuah kerana memilih pasangan yang tepat untuk membimbingnya ke syurga.

Terdahulu, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Fatima Aisya kini berusia dua tahun.