fbpx

Fattah Amin Dipuji Tetap Jaga Solat Walau Sibuk Shooting

Tidak dinafikan kerjaya dalam dunia hiburan sememangnya sibuk apatah lagi waktu kerja yang tidak menentu. Namun, sibuk mana pun ia bukan alasan untuk meninggalkan solat.

Baru-baru ini, seorang kru produksi berkongsikan video di aplikasi TikTok memaparkan pelakon Fattah Amin dilihat sedang menunaikan solat di set penggambaran.

BACA: Fazura, Fattah Amin Teruja Sambut Aidilfitri Pertama Bersama Fatima

@hariznazzir

Tabik spring kat @fattahamin tak oernah tinggal solat dalam set dah lama perati. #fyp #fypforyourpage #foryourpage #fypppppppppppppp

? original sound – ????? – .kim

Lebih menjadi perhatian, kru tersebut mendedahkan suami kepada Nur Fazura itu tidak pernah meninggalkan solat walaupun sibuk dengan penggambaran.

Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon berkenaan. Malah, ada yang mengatakan Fazura sangat beruntung memiliki suami dan bapa bertanggungjawab seperti Fattah.

Fattah dan Fazura berkahwin dalam majlis secara tertutup pada 27 November 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.