Perkongsian pelakon dan penyanyi Fattah Amin di media sosial menjadi perhatian apabila menyenaraikan ciri-ciri wanita yang dicarinya.
Menerusi video itu, Fattah berkata wanita yang dicarinya itu seorang yang bujang, bijak dan berbakat.
BACA: Rambut Merah & Pakai Rantai, Kenyataan Fattah Amin Mahu Jadi Muslim Lebih Baik Dipertikai
View this post on Instagram
“Sebenarnya sekarang ini saya sedang mencari seorang wanita bujang, umur dalam 30-an. Dia adalah seorang yang bijak, pandai bercakap, ‘happy go lucky’ (ceria) dan yang paling penting beradab.
“Kalau dia ada bakat lain lebih bagus. Contohnya dia pandai berlakon, bernyanyi atau pandai buat hosting. Sebab saya sedang mencari ‘live host’ untuk tahun 2025,” katanya.
Bagaimanapun, Fattah bukanlah mencari wanita bujang untuk dijadikan pasangan sebaliknya mengiklankan jawatan kosong sebagai hos siaran langsung untuk Pak Mat Western.
“Sebab apa saya cari? Sebab sekarang ni, saya dan Pak Mat Western tengah mencari pengacara siaran langsung untuk 2025.
“Jadi, kalau ada sesiapa yang ada keberanian untuk bercakap depan kamera, mungkin boleh mohon. Hantar resume korang di email kami,” katanya.
Susulan perkongsian Fattah itu, rata-rata netizen memetik nama penyanyi Amira Othman serta mengatakan dia merupakan calon yang sesuai.