Pengacara dan penyampai radio, DJ Sonic memuji pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin yang tidak pernah bercerita hal buruk antara satu sama lain semenjak kemelut rumah tangga mereka hangat diperkatakan umum.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Memetik Harian Metro, Sonic berkata dia terkejut dengan berita Fazura memfailkan cerai serta mendoakan agar segalanya dipermudahkan.
BACA: “Fazura Tak Pernah Cerita Buruk Tentang Fattah” – DJ Sonic
“Apa yang saya kongsikan dalam Insta Story baru-baru ini adalah ikhlas dari hati. Saya rapat dengan Fazura dan Fattah serta keluarga mereka sebab sepupu saya berkahwin dengan abang Fazura.
“Saya sebenarnya tak mahu masuk campur dalam hal perkahwinan Fattah dan Fazura cuma harap yang baik-baik serta segala urusan mereka dipermudahkan,” katanya.
Menurut Sonic, dia ada bertemu dengan Fazura tiga hari sebelum permohonan cerai dibuat di mahkamah namun dia tidak melihat sebarang perubahan pelakon itu, malah tidak bercerita mengenai hal rumah tangganya.
“Beberapa hari sebelum itu, kami ada berjumpa tapi dia tak bercerita dan sangat okay. Fazura adalah individu yang selalu beri aura positif kepada kita.
“Dia tidak meluah dan tak bercerita buruk mengenai Fattah sebaliknya berkongsi Fattah adalah lelaki yang baik sebagai seorang bapa. Fattah adalah sebaik-baik manusia, Fazura juga begitu cuma saya tak boleh sentuh apa yang berlaku sekarang,” katanya.
SUMBER: Harian Metro