fbpx

“Fatin Umaidah Menipu Kata Mak Ayah Dah Mati!” – Abang Ipar

Lelaki yang sebelum ini mendakwa dirinya abang ipar kepada Fatin Umaidah dilihat ada memuat naik kenyataan baru meminta keluarga wanita itu untuk tampil memohon maaf kepadanya dan isteri.

Lelaki yang dikenali sebagai Cik Wan itu turut meminta agar Fatin sekeluarga berhenti ganggu serta memburukkan isterinya bernama Arma.

Dalam kenyataan itu lagi, Cik Wan berkata jika keluarga Fatin tidak membuat permohonan maaf secara terbuka dia tidak teragak-agak mendedahkan perangai buruk mereka kepada umum.

Dalam pada itu, Cik Wan mendakwa Fatin mengugut isterinya kerana tidak menyokongnya untuk bernikah dengan Alif Teega.

Lebih mengejutkan, lelaki itu mendakwa Fatin menipu dengan mengatakan ibu bapanya telah meninggal dunia.

Terdahulu, lelaki itu mendakwa isterinya telah dibuang keluarga keraba tidak mahu bersekongkol dengan keputusan Fatin yang mahu berkahwin dengan Alif.