Pelakon Fatin Afeefa Rimas Sering Dirakam Netizen Ketika Keluar meluahkan rasa rimas dengan sikap segelintir netizen yang suka merakam setiap gerak-gerinya tanpa kebenaran ketika dia keluar.
Memetik Xtra, menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok, Fatin berkongsikan perkara itu ketika sesi live menyifatkan pihak yang berbuat demikian tidak beradab serta tiada rasa hormat.
BACA: “Saya Dah Penat Tanggung Biawak Hidup” – Fatin Afeefa
Menurut Fatin, dia sedar pasti akan menjadi tumpuan ramai namun dia meminta agar mereka di luar sana turut menghormati privasinya yang mahu menjalani kehidupan seperti biasa.
“Gila korang ni, memang tak hormat orang. Orang zaman sekarang ni diorang (mereka) tak hormat orang tau. Kalau saya ni makan kat luar, diorang main rekod je.
“Lagi-lagi orang yang tak kenal, nampak lah dia rekod je lepastu post. Betul punya tak hormat orang. Macam saya, saya masih lagi ada sense of hormat.
“Anak saya cakap jangan post gambar dia, saya tak post. Tapi bila saya tak post korang cakap pula dah tak nampak gambar Arrian, dah tak sayanglah tu. Gila ke? saya hormatlah anak saya,” katanya.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan luahan Fatin itu. Dalam pada itu, ramai yang memuji Fatin yang bersuara lembut meskipun marah.